Monday 23 July 2012

KONGSI PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN AURA MAYA



Assalamualaikum....
Hari ni Shazira ingin berkongsi rahsia kecantikan dengan anda semua. Shazira pasti ramai di kalangan kita yang sudah tahu tentang produk Aura Maya yang tengah hangat di pasaran. Mungkin juga ada di kalangan anda yang belum tahu tentang produk tersebut. Bagi anda yang telah pun mencuba Aura Maya, jom berkongsi pengalaman anda di sini.

Pengalaman Shazira selepas menggunakan produk Aura Maya
Dulu Shazira guna skincare yang diimport dari luar negara (tak yah sebut laa kot brand apa yek)...harga bukan main mahal lagi (1 set RM400.00). Pakai produk tu sampai jemu, tapi hasilnya tidak memuaskan. Muka tetap nampak kusam. Yang paling tak best tu, muka jadi berminyak di bahagian T-zone. Aduh, tensionnya. Rasa menyesal sangat-sangat beli produk mahal-mahal tapi tak berkesan. Akhirnya Shazira cuba produk Aura Maya. Produk ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Maknanya tak ada bahan kimia yang boleh memudaratkan dan produk ni juga halal. Jadi gunakannya tanpa ragu-ragu.

Harga Aura Maya
Satu set  = Pencuci + Krim Siang (15gm) + Krim Malam (15gm)
Harga Pasaran, hanya RM130 + RM6 (postage)


Mulanya takut juga nk pakai produk ni, sbb takut kulit muka mengelupas mcm yang pernah terjadi sebelum ni gara-gara pakai produk-produk tempatan yang hangat di pasaran. Tapi, alhamdulillah selepas pakai produk ni wajah bertambah berseri,bersih, putih dan gebu. Parut-parut jerawat pun dah semakin hilang. Yang paling menakjubkan wajah Shazira dah tak berminyak seperti dulu. Syukur sangat-sangat.
Seka
Cara Penggunaan Produk Aura Maya
Bagi sesiapa yang ingin mencuba Aura Maya, hari pertama,kedua dan ketiga....cuci muka dengan sabun terlebih dahulu. Jangan gunakan krim siang dan krim malam lagi. Hal ini bertujuan untuk membuang segala kesan/bahan kimia hasil pemakaian produk-produk (skincare,foundation,bedak,blusher) sebelum ini yang mungkin ada dan tersumbat dalam liang pori kulit kita.

Dua minggu ketika pakai produk ni, anda dilarang sama sekali memakai sebarang foundation, bedak dan blusher. Bedak sejuk pun tak boleh, kerana tempoh ini adalah tempoh rawatan dan pemulihan kulit wajah. Selepas dua minggu...barulah boleh pakai makeup. Time ni, wajah anda dah cukup perfect. Shazira sendiri sangat berpuas hati dengan produk Aura Maya. Tak rugi anda mencuba produk ini, kerana hasilnya sangat menakjubkan. Selamat mencuba.
rang Shazira lebih yakin...keluar rumah tanpa bedak (just letak lipstik je). Kalau dulu,asal nk keluar je...mesti tempek foundation dan bedak tebal-tebal,coz nak tutup parut jerawat dan nk bagi muka ni nampak gebu. Now tak yah guna foundation n bedak dah....kalau rasa nak berbedak jugak, Shazira just tempek sikit-sikit (sapuan nipis) je.




No comments:

Post a Comment